Tuesday 27 September 2011

mesyuatat pengetua sam selangor bersama Pengurusan BPI JAIS/KPM

satu mesyuarat bersama Pengetua dan BPI JAIS dan mungkin dengan BPI KPM akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh                             :           5 .10.2011
masa                               :           8.00 pagi
Tempat                            :           BPI JAIS Tingkat 6

Kepada semua pengetua, sila kemukakan masalah masing-masing terutama mengenai:
a) sukatan azahari
b) pembangunan fizikal sekolah.
c) sukatan mata pelajaran Quran.
d) amal islami
d) mata pelajaran sivik/PJK
e) Pembahagian mata pelajaran tahun 2012.
f. perlantikan PK Azahar.
dll.
Diharapkan semua pengetua hadir ya.....

Saturday 17 September 2011

mesyuarat AJK Persatuan Pengetua SAM Selangor kali ke3

Satu mesyuarat telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:

tarikh                 :    16 Sept. 2011
Jam                   :     4.30 ptg.
Tempat             : Ruang Legar Hey Resort Sabak Bernam.

Keputusan mesyuarat:

1. Lawatan ke Singapore akan diadakan pada 11.11.2011. Semua Pengetua ditanggung
    oleh persatuan, kecuali makan. Sesiapa yang belum ada pasport...sila sediakan.
    Lawatan ini selama 2 hari . Tujuan utama ialah melawat sekolah Agama Al Joned.
       a. )  Kenderaan                 :    naik bas.
       b)   Pengetua yang ingin membawa pasangan atau anak dikehendaki
             membayar sebanyak RM450.00 seorang
       c) sila bawa bekalan dari Malaysia. Di sana susah nak dapat
            tempat makanan halal.

2. BPI JAIS akan hanya menyediakan Buku Teks Tingkatan 4
    mulai tahun hadapan secara percuma.  Manakala pelajar
     Ting 1,2.3 dan 5 diminta membelinya.

3. YDP Persatuan bersama Pn. Hjh Khariah, Pn Hjh Asmawati
     dan Tn Hj. Shamsuri akan menemui BPI  AIS dalam masa
      terdekat (Jumaat  23/9/2011) bagi membincangkan:

       a)   Sukatan Al Quran Ting 1-3 menggunapakai sukatan
              KKQ KPM yang nampak lebih kukuh . Ini disebabkan
              sukatan itu boleh digunakan untuk pertandingan MTQ KPM
              dan Amal Islami.
             Berikutan dengan itu guru-guru Quran di sekolah SABK Selangor
             akan dikumpulkan di SAMT  Sultan hishamuddin dalam
             masa terdekat (bulan Oktober).
       b)   Penubuhan Lembaga Pengelola akan diperkasakan lagi.
       c)   Bayaran Amal Islami untuk tahun hadapan.
       d)   Jadual Peperiksaan SMA diminta disemak semula.
             Alasan  masa mengulangkaji dan peperiksaan
              akhir tahun ting 4 serentak.
        e)   Memohon kepada BPI JAIS mengeluarkan surat pembatalan
              mengenai pekeliling pengecualian mata Pelajaran SIVIK dan PJK
              mulai tahun hadapan. Ini adalah hasil perbincangan BPI KPM
              dan  BPI JAIS di mana di putuskan mata pelajaran itu mesti diajar
              dengan kebijaksanaan sekolah   masing-masing.
 Sekian.

Sunday 11 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDULFITRI 2011

Satu Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Persatuan Pengetua SAM Selangor akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh                :      16.09.2011 (Jumaat)
Masa                 :      2.30 petang.
Tempat              :      Dewan Hey Resort
                                Sabak Bernam selangor.

Dijemput semua Pengetua SAM Selangor dan keluarga hadir ke majlis tersebut .

Pakaian:       Baju Kebangsaan kepada pengetua Lelaki
                    Bahu kurung untuk Pengetua Perempuan.

Di bawah ini disiarkan gambar Pengetua yang hadir pada majlis tersebut.

                                      Tn Hj Abd Bajeh Asmuni (Penolong Pengarah Kanan
                                      SABK, Sektor Pendidikan Islam Selangor) bersama
                                      Pengetua SAM Bg. Terap.

                                         Tn Hj Zaki, Tn Hj Shamsuri dan Tn Hj Latif
                                           sedang bergurau senda.

                                   Pn Sabariah (isteri En mohd Jamil) bersembang dengan
                                      Pn Siti Musriyah (isteri Tn Hj. Mohd Zaki)

                                                  Emak dara yang bergaya hehehehe

                                          Bacaan doa oleh Tn Hj Jamali

                                          Ucapan YDP Persatuan, Tn Hj Mohd Zaki

En Mohammad Jamil dlm majlis.

 Tn Hj Mohd Darail bersama Tn Hj Abd Najeh

 Penolong Pengarah Kanan SABK SPI Sedang
memberikan ucapan.

Pn Hjh. Fauziah kejap lagi akan bersara
dalam perkhidmatannya (1/10/11) sedih....

Tn Hj Darail memberikan ucapan kemaafan. Hai...
dapat kemaafan ke hehehehe...

suami-suami pengetua yang hadir.

Tn Hj Latif dan Tn Hj Shamsuri serius berbincang..
nak bayar jamuan ke...!!!!

Pn hjh Zamilah. T. kasih sudi datang...
jauh sabak bernam tu..

hahaha... tak selesai lagi bincang ke...

manja seorang kakak (Pn Sabariah) kepada
adiknya (Pn Jamaah) hehehehe....

 Tn Hj Darail dengan Pengetua MITIS Kg. jawa.