Friday 25 November 2011

Jasamu dikenang.

Menabur jasa sebagai pendidik cukup menyeronokkan. Hati mana tidak sedih apabila mereka terpaksa meninggalkan alam pendidikan dan seterusnya bersara dari dunia pendidikan ini. Walau bagaimanapun, kepada mereka yang terlibat, janganlah bersedih sebab kami ini juga akan mengiuti jejak kalian. Cuma menunggu masa.
Dalam bacaan talkin dinyatakan bahawa...mati itu benar,soal mungkar dan nangkir itu benar, masuk kubur itu benar, dibangkitkan semula itu benar, ada syurga dan neraka itu benar, hari kiamat itu juga benar.Maka...
bersara dari perkhidmatan itu juga...benarrrrr....
Pada tahun ini dua orang pengetua sekolah SAM/SABK telah bersara iaitu:

a. Pn. Hjh Fauziah bt Hj Salleh (Pengetua SAM Pasir panjang, Sabak Bernam)

b. Tuan Hj. Jamali bin Sajat (Pengetua SAM Parit Baru Sabak Bernam)

Kepada pengetua-pengetua ini...pihak persatuan mengucapkan ribuan terimaksaih dan selamat bersara.

Friday 18 November 2011

mesyuarat penempatan pengetua 2012

satu mesyuarat penempatan pengetua sessi 2012 telah diadakan di BPI KPM Cyberjaya. Kemungkinan-kemungkinan beberapa orang pengetua dan Penolong Kanan akan bertukar tempat. Ini semua pihak BPI lakukan demi kepentingan perkhidmatan. Oleh itu diharapkan kepada semua pengetua dan PK yangterlibat bersedia dengan dada terbuka untuk melaksanakan arahannya.

kebarangkalian pertukaran ini akan dilaksanakan pada 1/1/2011. Mungkin surat arahan bertukar tempat bertugas akan di keluarkan dalam bulan Disember 2011.

Sekian.

Saturday 12 November 2011

LAWATAN PENANDAAN ARAS KE MADRASAH AL- JUNIED AL- ISLAMIAH SINGAPORE.

Persatuan pengetua telah mengadakan lawatan penandarasaan ke salah sebuah sekolah agama di Singapore pada 11 - 12.11.2011.  Seramai 39 orang telah mengikuti rombongan ini. Mereka melibatkan 17 orang pengetua termasuk 2orang pengetua dari Mahat Tafiz Kg. Jawa dan Jugra.. 8 Orang pengetua di wakili oleh Penolong Kanannya iaitu Pengetua SAM Rawang, Pengetua SAM Nurul Iman., Pengetua SAMT Hishamuddin, Pengetua SAM Kancong Darat ,Pengetua SAMTAJ Shah Alam , Pengetua SAM Salak Tinggi dan Pengeetua SAM. Tg. karang serta SAM P. Panjang.
Rombongan ini telah bertolak dari SAMTAJ Shah Alam tepat jam 2.33 pagi dan telah sampai di Mahad AL Juneit pada jam 10.30 pagi.
Gambaran suasana di sana boleh anda ikuti seperti dalam laporan bergambar ini.

                              gambaran semasa dlm bus jam 2.33 pagi bertolak ke Singapore,



                                                      LAMBANG SEKOLAH.












                                              suasana semasa pengiktifaran lawatan .


                                           bertukar-tukar cenderamata tanda ingatan.




                                                          
                                                     suasana di jamuan



lain-lain tunggu ya. nanti muat turun.

Latatan ke Masjid Ba'alwi  Singapore.













Lawatan ke makam Habib Nor Al Habsyti