Monday 9 July 2012

mesyuarat AJK Persatuan Pengetua SAM Selangor.
mesyuarat ini telah diadakan pada:          2 Julai 2012
                                               tempat:       SAMT Sultan Hishamuddin Klang.
                                               masa: 12.30 tghari.

Keputusan mesyuarat:

a.  sambutan Hari Raya dan meraikan pengetua yang bersara akan diadakan pada  8.September 2012.
     Semua Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM dan PK KOKurikulum bersama keluarg. a dijemput  
     ke    majlis tersebut. Pengetua yang akan diraikan ialah Pn Hjh Fauziah.

b.  Satu kursus profesionalisme Kepengetuaan akan diadakan pada 6.10.2012. Mereka yang terlibat
      ialah semua Pengetua SAM Selangor, semua PK dan Semua GKMP.

c.  Pada 16.10.2012, Persatuan Pengetua SAM akan mengadakan lawatan Penanda Aras ke Sek Men
     Aminuddin Baki Kampung Pandan. Semua Pengetua dan PK Pentadbiran akan terlibat. Harap-
     harap jangan menguzurkan diri.
d.  Kepada semua pengetua, harga set soalan percubaan SMA akan dinaikkan dari RM10 ke RM11.
     ini memandangkan bilangan mata pelajaran telah bertambah iaitu mata pelajaran sirah. bagi
     MITIS Klang dan Jugra bayaran tetap sama kecuali mata pelajaran tambahan mahat tersebut.

Sunday 8 July 2012

maaf sebab lama tidak mengaktifkan blok ini. Sibuk buat persiapan untuk PHD. Doakan saya semuga berjaya dalam menamatkan pengajian saya. selepas ini saya akan mengaktifkan semula dan bolehlah tuan/puan melayarinya dan mebuat sebarang komen mengenainya.