Sunday 28 April 2013

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGETUA
 SAM NEGERI SELANGOR KALI KE-24

Pada  28 Mac 2013 / 16 J.Awal 1434H yang lalu, Mesyuarat Agung Persatuan Pengetua
SAM Negeri Selangor telah berjaya diadakan bertempat di  Hotel De Palma Kuala Selangor yang telah
dirasmikan oleh Tn Hj Mohamad Zaki Rajikin ,( YDP PPSAM ).   Seramai 17 orang pengetua telah dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut, Banyak perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan
berkaitan dengan kemajuan, kebaikan serta kebajikan ahli persatuan khususnya dan masa depan sekolah Agama Selangor amnya. Selain daripada mesyuarat Agung, perjumpaan kali ini juga bagi meraikan persaraan  mantan pengetua SAMT Kuala Kubu Bharu Pn Hjh Siti Muriseh Mohd Yatim. di akhir mesyuarat , pemilihan ahli jawatankuasa untuk sesi 2013/2014 telah dilakukan dan berikut adalah senarai ahli yang dipilih untuk menerajui persatuan pada sesi akan datang:

  1. Tn Hj Mohamad Zaki b Rajikin
  2. Tn Hj Mohd Darail b Omar
  3. Tn Hj Mohd Jamil b Sarin
  4. Tn Hj Mohd Latif b Sadli
  5. Tn  Hj. Sakip bin Mansor
  6. Tn Hj Bahari b Bustamam
  7. Tn Hj  Mohmad b Sarip
  8. Pn  Kairiah bt Sujud
  9. Pn  Siti Zubaidah bt Ahmad
  10. Pn  Jamaah bt Shahhbuddin
 Barisan Pengetua  yang hadir Mesyuarat Agung ke -24
  Tn Hj Samsuri Yosok menerima sijil penghargaan 
sebagai Ketua Biro Pendidikan sesi 2012/13
 Pn Khairiah Sujud menerima sijil penghargaan
 selaku Ketua Biro 'ekonomi 2012/13
 Penghargaan buat Tn Hj Sakip b Mansor Ketua Biro Lawatan 2012/13

 Pn Hjh Siti Muriseh  bt Mohd Yatim
mantan pengetua SAMT Kuala Kubu Bahru
yang telah bersara 


kami  bangga dengan kegigihan dan kematangan Pn Hjh Siti Muriseh 
dan kami akan sentiasa merinduimu. 

Saturday 20 April 2013

LAWATAN PENANDA ARAS
PENGETUA SAM SELANGOR
KE
SMA ((JAIM)) AL-EHYA EL-KARIM TANJUNG BIDARA MASJID TANAH MELAKA
29.1.2013

29.1.2013 (selasa) seramai 23 orang pengetua SABK Selangor telah mengadakan lawatan penanda Aras ke SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah masing-masing. Objektif utama lawatan adalah untuk membuat penanda arasan berkaitan pengurusan PIBG , dimana sekolah ini telah mendapat Anugerah pengurusan PIBG terbaik tahun 2011 Selain dari itu juga sekolah ini mendapat beberapa anugerah lain seperti :Anugerah Asrama terbersih peringkat Negeri dan peringkat Kebangsaan 2011 dan Anugerah Tandas Terbersih 1 Malaysia peringkat negeri Melaka dan Kebangsaan 2011.
Semoga lawatan ini telah menyuntik idea dan motivasi kepada peserta lawatan untuk membuat penambahbaikan dalam pelbagai aspek di sekolah masing-masing..
Sebahagian daripada pengetua yang turut serta dalam lawatan  ke 
SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka


Tn Hj Johari b Samad
Pengetua
 SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim, Tanjung Bidara Masjid Tanah Melaka
sedang menandatangani sijil Penanda Aras Pengetua-pengetua SAM/SAMT  Selangor
sambil diperhatikan oleh Tn Hj Mohd Zaki b Rajikin YDP Persatuan Pengetua SAM/SAMT Selangor

Monday 15 April 2013

SELAMAT BERSARA
PN HJH MURISEH BT MOHD YATIM

Mpsam mengucapkan selamat bersara kepada Pn Hjh Muriseh Mohd Yatim yang telah menamatkan perkhidmatannya  pada 15 Jan 2013 ,sekolah terakhir  beliau ialah SAMT Kuala Kubu Bahru. tahniah  ustazah, jasa baik dan sumbangan baktimu yang mulia amat kami hargai dan tidak akan dilupakan. kami doakan semoga ustazah bahagia di dunia dan akhirat.Amiiin




SELAMAT DATANG  PENGETUA BARU

MPSAM mengalu-alukan kehadiran pengetua baru




Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid
 Pengetua SAM Rawang
Mula lapor diri   12.12.2012 di SAM Rawang
Sebelum ini beliau adalah pengetua
SMKA Slim River, 35800 Slim River,
Perak Darul Ridzuan.



Pn Noor Mah bt Awang Pengetua SAM Sg Selisek
Mantan Pen Kanan SMKA Simpang Lima Sungai Besar Selangor



          
Pn Junainah Bt Yaacob Pengetua SAM Nurul Iman
Mula bertugas 16.1.2013 sebelum ini PK HEM Sek Men Perempuan Kapar Klang


SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT BARU
 KEPADA



Tn Hj Zaki bin Rajikin
Pengetua SAM Bandar Baru Salak Tinggi



Pn Hjh Siti Romziah bt Madung Pengetua
SAMT Sg. Manggis Banting Selangor



Pn Hjh Mariahtol Kiftiah bt Darus
Pengetua SAMT Kuala Kubu Bahru








Saturday 16 February 2013

keputusan Sijil Agama Menengah Sekolah Sekolah SAM Selangor 2012

baru2 ini keputusan SMA telah diistiharkan di Dewan masjid negeri pada 18.2.2013
 persatuan pengetua ingin merakamkan tahniah kepada seolah-sekolah yang berjaya manakala sekolah yang kurang berjaya...ayuh usaha lagi.
keputusan akan disiarkan hari berikutnya. Insyaallah.

Laporan Baru 2013

1. Seramai seorang Pengetua SAM Selangor telah bersara.
Beliau yang dimaksudkan ialah.
Pn. Hjh Siti Muriseh (Manan Pengetua SAMT Kuala Kubu Baharu) mulai
Bulan Januari 2013.
Persatuan Pengetua Mengucapkan selamat bersara semuga Pn  mendapat
kebahagiaan di samping keluarga.
 Amin