Wednesday, 5 September 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012.

PERSATUAN PENGETUA DAN AJK PERSATUAN,

ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul fitri 2012,

mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan eterlanjuran kata.
TAKZIAH.


PERSATUAN PENGETUA DAN AJK SERTA SEMUA PENGETUA SAM SELANGOR, merakaman takziah kepada keluarga En Arifin bin Rabu di atas kembalinya isteri yang disayangi menemui Allah.
ami mendoakan agar cikgu Arifin dan keluarga bersabar menghadapi dugaan dari Allah ini. ami juga mendoakan agar roh isteri beliau bersemadi dengan aman  dan ditempatkan bersama para ambiya dan solehin. Alfatihah.
TAHNIAH!!!!!

Saya dan Semua AJK Persatuan Pengetua SAM Selangor ingin merakamkan tahniah kepada semua pengetua yang telah dinaikan gred dari DG48 ke gred DG52 baru-baru ini.

Begitu juga Persatuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada  4 orang pengetua yang dinaikan gred dari DG52  gred DG54. .

Oleh itu, semua pengetua diharapkan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat sekolah kita. Amin.

Monday, 9 July 2012

mesyuarat AJK Persatuan Pengetua SAM Selangor.
mesyuarat ini telah diadakan pada:          2 Julai 2012
                                               tempat:       SAMT Sultan Hishamuddin Klang.
                                               masa: 12.30 tghari.

Keputusan mesyuarat:

a.  sambutan Hari Raya dan meraikan pengetua yang bersara akan diadakan pada  8.September 2012.
     Semua Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM dan PK KOKurikulum bersama keluarg. a dijemput  
     ke    majlis tersebut. Pengetua yang akan diraikan ialah Pn Hjh Fauziah.

b.  Satu kursus profesionalisme Kepengetuaan akan diadakan pada 6.10.2012. Mereka yang terlibat
      ialah semua Pengetua SAM Selangor, semua PK dan Semua GKMP.

c.  Pada 16.10.2012, Persatuan Pengetua SAM akan mengadakan lawatan Penanda Aras ke Sek Men
     Aminuddin Baki Kampung Pandan. Semua Pengetua dan PK Pentadbiran akan terlibat. Harap-
     harap jangan menguzurkan diri.
d.  Kepada semua pengetua, harga set soalan percubaan SMA akan dinaikkan dari RM10 ke RM11.
     ini memandangkan bilangan mata pelajaran telah bertambah iaitu mata pelajaran sirah. bagi
     MITIS Klang dan Jugra bayaran tetap sama kecuali mata pelajaran tambahan mahat tersebut.

Sunday, 8 July 2012

maaf sebab lama tidak mengaktifkan blok ini. Sibuk buat persiapan untuk PHD. Doakan saya semuga berjaya dalam menamatkan pengajian saya. selepas ini saya akan mengaktifkan semula dan bolehlah tuan/puan melayarinya dan mebuat sebarang komen mengenainya.

Saturday, 18 February 2012

kursus pengurusan pengetua

satu kursus pengurusan pengetua telah diadakan pada
           Tarikh   ; 12 - 15 Feb.2012
           Tempat  " Carlton hotel, Shah Alam.
            Anjuran: JAKIM
           Sasaran : Pengetua SABK Selangor dan Perak.

Laporan perjalan kursus tersebut ada dalam gambar dan berita ini.

GELAGAT PARA PENGETUA KETIKA DALAM PEMBENTANGAN BENGKEL MPELAN STRATEGIK


                         

SUASANA KETIKA PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL