Satu mesyuarat telah diadakan pada ketetapan seperti berikut:
tarikh : 16 Sept. 2011
Jam : 4.30 ptg.
Tempat : Ruang Legar Hey Resort Sabak Bernam.
Keputusan mesyuarat:
1. Lawatan ke Singapore akan diadakan pada 11.11.2011. Semua Pengetua ditanggung
oleh persatuan, kecuali makan. Sesiapa yang belum ada pasport...sila sediakan.
Lawatan ini selama 2 hari . Tujuan utama ialah melawat sekolah Agama Al Joned.
a. ) Kenderaan : naik bas.
b) Pengetua yang ingin membawa pasangan atau anak dikehendaki
membayar sebanyak RM450.00 seorang
c) sila bawa bekalan dari Malaysia. Di sana susah nak dapat
tempat makanan halal.
2. BPI JAIS akan hanya menyediakan Buku Teks Tingkatan 4
mulai tahun hadapan secara percuma. Manakala pelajar
Ting 1,2.3 dan 5 diminta membelinya.
3. YDP Persatuan bersama Pn. Hjh Khariah, Pn Hjh Asmawati
dan Tn Hj. Shamsuri akan menemui BPI AIS dalam masa
terdekat (Jumaat 23/9/2011) bagi membincangkan:
a) Sukatan Al Quran Ting 1-3 menggunapakai sukatan
KKQ KPM yang nampak lebih kukuh . Ini disebabkan
sukatan itu boleh digunakan untuk pertandingan MTQ KPM
dan Amal Islami.
Berikutan dengan itu guru-guru Quran di sekolah SABK Selangor
akan dikumpulkan di SAMT Sultan hishamuddin dalam
masa terdekat (bulan Oktober).
b) Penubuhan Lembaga Pengelola akan diperkasakan lagi.
c) Bayaran Amal Islami untuk tahun hadapan.
d) Jadual Peperiksaan SMA diminta disemak semula.
Alasan masa mengulangkaji dan peperiksaan
akhir tahun ting 4 serentak.
e) Memohon kepada BPI JAIS mengeluarkan surat pembatalan
mengenai pekeliling pengecualian mata Pelajaran SIVIK dan PJK
mulai tahun hadapan. Ini adalah hasil perbincangan BPI KPM
dan BPI JAIS di mana di putuskan mata pelajaran itu mesti diajar
dengan kebijaksanaan sekolah masing-masing.
Sekian.
No comments:
Post a Comment