Sunday 28 April 2013

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENGETUA
 SAM NEGERI SELANGOR KALI KE-24

Pada  28 Mac 2013 / 16 J.Awal 1434H yang lalu, Mesyuarat Agung Persatuan Pengetua
SAM Negeri Selangor telah berjaya diadakan bertempat di  Hotel De Palma Kuala Selangor yang telah
dirasmikan oleh Tn Hj Mohamad Zaki Rajikin ,( YDP PPSAM ).   Seramai 17 orang pengetua telah dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut, Banyak perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan
berkaitan dengan kemajuan, kebaikan serta kebajikan ahli persatuan khususnya dan masa depan sekolah Agama Selangor amnya. Selain daripada mesyuarat Agung, perjumpaan kali ini juga bagi meraikan persaraan  mantan pengetua SAMT Kuala Kubu Bharu Pn Hjh Siti Muriseh Mohd Yatim. di akhir mesyuarat , pemilihan ahli jawatankuasa untuk sesi 2013/2014 telah dilakukan dan berikut adalah senarai ahli yang dipilih untuk menerajui persatuan pada sesi akan datang:

  1. Tn Hj Mohamad Zaki b Rajikin
  2. Tn Hj Mohd Darail b Omar
  3. Tn Hj Mohd Jamil b Sarin
  4. Tn Hj Mohd Latif b Sadli
  5. Tn  Hj. Sakip bin Mansor
  6. Tn Hj Bahari b Bustamam
  7. Tn Hj  Mohmad b Sarip
  8. Pn  Kairiah bt Sujud
  9. Pn  Siti Zubaidah bt Ahmad
  10. Pn  Jamaah bt Shahhbuddin
 Barisan Pengetua  yang hadir Mesyuarat Agung ke -24
  Tn Hj Samsuri Yosok menerima sijil penghargaan 
sebagai Ketua Biro Pendidikan sesi 2012/13
 Pn Khairiah Sujud menerima sijil penghargaan
 selaku Ketua Biro 'ekonomi 2012/13
 Penghargaan buat Tn Hj Sakip b Mansor Ketua Biro Lawatan 2012/13

 Pn Hjh Siti Muriseh  bt Mohd Yatim
mantan pengetua SAMT Kuala Kubu Bahru
yang telah bersara 


kami  bangga dengan kegigihan dan kematangan Pn Hjh Siti Muriseh 
dan kami akan sentiasa merinduimu. 

No comments:

Post a Comment