Friday 20 May 2011

Mesyuarat Pengarah JAIS bersama AJK Pengetua

Satu mesyuarat penting antara Pengarah JAIS (Tn Hj. Marzuki b Hj Husin) dengan AJK Persatuan Pengetua SAM SABK Selangor telah diadakan pada ketetapan seperti berikut
             Masa           :    03.00 ptg
             Tarikh          :   20,05,2011
             Tempat        :  Tingkat 6 Bilik Mesyuarat, Menara Utara JAIS.

Isu-isu yang dibincangkan dan perlu diambil tindakan oleh BPI JAIS, dan Persatuan Pengetua.

Pengarah JAIS (Tn Hj Marzuki bin Hj Husin)
sedang mempengerusikan mesyuarat.

a. Isu Kurikulum Sukatan Al Azhari:
  • Tn Pengarah JAIS meminta BPI JAIS di bawah Tn Hj Amir Danuri agar mengadakan bengkel    sukatan Al Azhari dengan melibatkan Semua Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran dengan kadar segera (bulan June) pada masa hari bertugas.
  • BPI JAIS diminta membuat surat permohonan  kepada KPM agar memberikan latihan Perguruan kepada semua Guru Kontrak lantikan BPI JAIS agar dapat diserapkan ke jawatan tetap.
  • Untuk mempertingkatkan penguasaan
  • Bahasa Arab, BPI JAIS (di bawah Utz Ahmad Bustamam) akan berusaha untuk mengadakan kursus kepada guru-guru JAIS bersama Guru-guru Bahasa Arab yang diambil mengajar di sesetengah sekolah SABK .

                          sebahagian AJK Pengetua sedang memberikan pendapatnya.

  •  AJK Persatuan mencadangkan agar Bahasa Arab SMA perlu juga diadakan Pentaksiran Bersasakan Sekolah iaitu bermula dari Tingkatan 1 2012. Kaedahnya bermula dari ayat mudah ke perkataan yang sukar (Ini akan dibengkelkan nanti).
2. Isu Ko kurikulum.
   Kemahiran Amal Islami/ Usrah.
  • AJK Persatuan meminta agar pihak BPI JAIS mengeluarkan surat panggilan sebarang mesyuarat kepada PPD setiap Daerah yang melibatkan guru-guru KPM. Ini disebabkan terdapat PPD dan sekolah tidak membenarkan guru-guru mereka keluar dari bertugas.
                       YDP Persaatuan sedang menjelaskan pada Tn Pengarah JAIS

3. Penempatan Pengurus Sekolah.
  • Penggantian seorang Pengetua Sekolah SABK telah dibincangkan oleh SPI bersama BPI JAIS. Hasilnya Pn Ramlah dari SAMT Sultan Hishamuddin Kota Raja dilantik menjadi Pengetua.
  • AJK Persatuan juga meminta agar pihak BPI JAIS mengwujudkan Lembaga Pengelola Sekolah agar semua urusan perlantikan Pengetua, Subjek Al Azahari dll dapat dikemukan pandangan yang bernas sebelum perlantikan atau sebarag perubahan dibuat oleh KPM, BPI KPM atau SPI JPN Selangor. Tn Pengarah JAIS meminta Tn Hj Ahmad Bustamam bersama KPP BPI JAIS Tn Hj Amir Danuri berbincang dengan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengenai masalah ini segera.
  • .AJK Persatuan menjelaskan kepada Pengarah JAIS bahawa semua Pengetua yang diarah berpindahtempat bertugas masih belum berbuat demekian dan sedang menunggu keputusan surat rayuan mereka.
4. Pengurusan STAM
  • AJK Persatuan meminta Tuan Pengarah mempercepatkan perlantikan guru untuk mengajar matapelajaran STAM kerana terdapat sekolah yang masih kekurangan guru berkenaan.
  • Pihak JAIS telah membenarkan jika terdapat pelajar STAM mengulang semula. Walau bagaimanapun bergantung kepada kekosongan tempat belajar disekolah itu.
5. Kenaikan Pangkat Guru=guru JAIS yang opsyen dgn KPM.
  • Tuan Pengarah JAIS meminta kepada KPP BPI JAIS (Tn Hj. Amir Danuri) agar membuat semakan semula pelarasan gaji guru-guru JAIS yang masuk KPM sebab perpindahan seorang pegawai itu tidak akan merugikan. Ini terdapat dalam MoU SABK.
  • Tuan Pengarah meminta agar guru-guru berkenaan membuat surat pelarasan gaji  kepada JAIS untuk diambil tindakan.
6. Bantuan modal/baik pulih.
  • Bantuan RM140,000.00 daripada KPM kepada semua sekolah SABK Selangor akan diuruskan oleh KPM bersama JPN dan JAIS.
7. Hal-hal Lain.
  • Semua sekolah diminta membuat surat permohonan menggunakan wang kantin untuk tujuan p&p dll kepada Pengarah JAIS untuk mengelakkan dikenakan oudit berteguran.
  • Tuan Pengarah akan meluluskan permohonan Persatuan agar menaikkan bayaran Kemahiran Amal Islami supaya semua sama iaitu dari RM10 ke RM15. dari Tingkatan 1 - 6.

No comments:

Post a Comment