Wednesday 5 October 2011

mesyuarat bersama Pengarah Jais

mesyuarat ini telah diadakan pada 5.10.2011.
tempat mesyuarat di Tingkat 6 Bangunan JAIS Shah Alam.

Keputiusan mesyuarat ialah:

a. setiap sekolah perlu membuat Plan Strategik agar semua program sekolah akan berada dilandasan yang betul.
b. Pihak KPM sedang berusaha untuk membuat penyelarasan Kurikulum Al Azahari untuk dijadikan sebagai kurikulum kebangsaan agar mendapat PCG mata pelajaran.
c. STAM tidak  diberikan PCG kerana ia belum lagi menjadi kurikulum kebangsaan
d. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan dan PJK mesti diajar mulai tahun 2012.
e. Perlupusan bahan-bahan kimia di sekolah-sekolah hendaklah berhubung dengan Alam Felora dan Kementerian Alam Sekitar kerana mereka ada syarikat yang khas menyelesaikan masalah ini. Caj bergantung kepada banyak atau sedikit bahan itu.
f. Permohonan pembelian komputer - pihak KPM akan menghantar pekeliling mengenai hal itu.
g. Masalah pendawaian eletrik sila buat permohonan terus kepada Pengarah JAIS.

                  suasana dalam mesyuarat.

Hal-hal lain:
a. Persatuan memohon semua Pengetua membuat pesanan keperluan bagi tahun 2012 melalui syarikat-syarikat yang tlah diberikan tender seperti:

    i. Dunia Ilmu Tijarah Sdn Bhd.
   ii. Syarikat Pustaka Chew.
   iii. Syarikat Boon Seng.
   iv. Ethical Resources.
       Semua syarikat tersebut akan menghubungi sekolah-sekolah nanti.
       Segala masalah sila berhubung dengan Pn Hjh Khariah Sujud di talian 0192061266.

b. Semua pengetua diminta untuk membuat tempahan Baju Jacket dengan harga RM250.00 di SINGAPORE TAILOR (TANJUNG KARANG).

C.  Buku Usrah untuk tahun hadapan juga boleh dibeli seperti surat yang diedarkan kepada semua pengetua semasa mesyuarat tersebut.




No comments:

Post a Comment