Tuesday 4 October 2011

semua Pengetua SAM Selangor.

Hari ini (4.10.2011) hingga 11.10.2011 semua anak didik kita di Tingkatan 3 sedang menghadapi peperiksaan PMR.
Pada 12.10.2011 pula pelajar STAM menduduki peperiksaan.
Pada 24.10.2011 Pelajar SMA menghadapi peperiksaannya.
Pada 4.11.2011 Pelajar Tingkatan 5 akan menghadapi peperiksaan SPM.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan anak didik kita agar berjaya dengan cemerlangnya dalam semua peperiksaan itu.

Ya Allah,
HambaMu ini sentiasa memohon dan merayu kepadaMU.
Maka dengarkanlah rayuan kami untuk kalian kali ini.
Berikanlah kesihatan yang baik kepada para pelajarku agar mereka sentiasa sejahtera terutama dalam menghadapi peperiksaan ini...
Mudahkanlah kefahamannya semasa mereka menjawab semua soalan-soalan.
Mudahkanlah soalan-soalan yang diberikan kepadanya...
Mudahkanlah mereka memilih jawapan yang tepat dan betul.

Berikanlah kesabaran dan ketetapan iman kepada mereka semua...
ini adalah cubaanMu kepada mereka
cubaanMu kepada kami pendidik mereka.

Gembirakanlah mereka dan kami dengan keputusan yang menyenangkan kami...
semuga kejayaan mereka akan menjadikan pendorong dan motivasi yang tinggi kepada kami untuk terus mendidik bangsa kami.
Amin....

No comments:

Post a Comment